Pages

home

Monday, May 31, 2010

HAFLAH TAKRIM AL-QURRA & PETA LOKASI

0 comments
Makluman : Pendaftaran telah ditutup.. Kepada sesiapa yang sudah mendaftar dan belum menjelaskan yuran pendaftaran LE 10, sila jelaskan sebelum jam 6.00 petang -Isnin-31 Mei 2010.

Kepada peserta-peserta Haflah Takrim Al-Qurra' yang telah mendaftar dan telah membayar yuran pendaftaran, Majlis Ijazah Umum akan diadakan selepas majlis pembacaan Matan Tuhfatul Atfal. Bagi sesiapa yang inginkan sanad bertulis daripada Sheikh Redha 'Ali Darwish, sila bayar LE 15 kepada Ustaz Afham Wajdi beserta nama dalam bahasa Arab..


Haflah Takrim Qurra'
Tarikh : 3 Jun 2010
Tempat : Dewan Asrama Johor, Raba'ah
Masa : 12.00 p.m hingga 6.30 p.m
Yuran : Le 10 sahaja

Daftar segera! Penyertaan terhad.


PETUNJUK ARAH

Sunday, May 30, 2010

LAPORAN & GALERI MAJLIS PERASMIAN & TALKSHOW BAIT MUSLIM LIQA' MAHABBAH 2010

0 comments

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila klik di sini

Shoubra - 29 Mei - Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra telah mengadakan Majlis Perasmian Liqa’ Mahabbah 2010. Majlis tersebut telah diadakan pada jam 6.30 petang yang dihadiri oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime bersama Naib Presiden 2 merangkap Lajnah Muhafazah, Saudara Mohamad Azlan bin Haji Alias.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Pengerusi Majlis serta diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Musim Panas 2010, Saudara Ahmad ‘Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Naim bin Hasan serta ucapan perasmian oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Sharizan bin Mohd Hazime.


Dalam ucapan perasmian, Presiden PMRAM banyak membicarakan tentang krisis mahasiswa dibumi Mesir iaitu mempertahankan hak dan maruah. Beliau juga menyeru supaya berakhlak dengan akhlak islamiyyah yang sebenar. Beliau juga menyebut tentang 24 protokol yang telah dicipta oleh Zionis terhadap dunia dan perkara ini benar-benar terjadi pada zaman sekarang. Salah satu daripada 24 protokol itu ialah :

"Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak kepada kekuatan. (rujuk Protokol-Protokol Mesyuarat Para Pimpinan Ilmuan Zionis)” ujar Presiden PMRAM.

Beliau juga mengaitkan protokol Zionis ini dengan situasi mahasiswa Mesir sekarang dan juga menghuraikan tentang kepentingan mempertahankan hak dikalangan mahasiswa.

Majlis perasmian diserikan dengan tayangan daripada Adhoc LIMA ’10 yang kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Presiden PMRAM dan dif tetamu jemputan.

Sebagai pembuka kepada Program Lima 2010, mahasiswa Shoubra disajikan dengan program pertama daripada program-program Lima 2010 iaitu Talk Show Bait Muslim. Kira-kira 100 orang telah membanjiri Dewan Ibnu Jazari. Talk Show Bait Muslim telah dipengerusikan oleh Saudara Amar bin Jusoh, mahasiswa Tahun 1 dan menampilkan ahli panel yang tidak asing di kalangan mahasiswa Mesir iaitu Saudara Hairul Nizam bin Mat Husain bersama isterinya dan Saudara Hakimi bin Hussein.

Majlis kemudiannya disajikan dengan tayangan berkaitan dengan Bait Muslim sebelum berakhir dengan penyampaian hadiah kepada ahli panel yang terlibat. Turut hadir pada majlis tersebut Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM bersama Saudara Azlan bin Haji Alias Naib Presiden II selaku Lajnah Muhafazah. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM dan Pengarah Program Talk Show Bait Muslim , Saudara Zul Fakaar bin Mat Ghani


Disediakan Oleh : Setiausaha Program Liqa' Mahabbah 2010

UCAPAN ALUAN PENGERUSI DPM & PENGARAH LIMA '10

0 comments

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Taala atas nikmat Ijad dan Imdad yang Allah kurniakan kepada kita, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, penghulu Anbiya' dan Mursalin.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada AJK pelaksana Program Liqa' Mahabbah 2010 kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program pada tahun ini. Semoga segala sumbangan anda dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda setimpal dengan niat suci anda.

Bila berbicara mengenai mahabbah, kita tidak dapat lari daripada bimbingan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam lipatan sirah, Baginda s.a.w telah berjaya memautkan hati-hati para sahabat, yang sebelum itu hidup berdasarkan kasta dan warna kulit, sering berperang kerana hal remeh-temeh. Baginda berjaya membentuk generasi yang berkasih-sayang kerana Allah, dan mampu melebihkan saudaranya daripada kehendak peribadinya sendiri. Sehinggakan dalam pengajaran Baginda terselit mutiara kata," Tidaklah sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri".

Harapan kita, moga dengan semangat hadis ini dan cahaya al-Quran, kita akan dapat meresapi makna mahabbah yang telah dikecapi oleh para sahabat. Moga kita termasuk dalam salah satu golongan yang mendapat naungan arasyh di akhirat kelak. Kasih-sayang yang kita bina kerana Allah nescaya akan berkekalan hingga akhirnya walaupun dibatasi sempadan dunia yang berbeza. Siru ala barakatillah dan selamat berprogram.

Sekian, terima kasih.

al-Faqir ila Allah,
Muhammad Naim bin Hassan.
Pengerusi,
DPM (MAQAZ) SHOUBRA
2009/2010


*******************



Assalamualaikum wbt

Buat kesekalian kalinya segenap puja dan puji pada Tuhan esa semesta alam atas sekelian nikmat utamanya Iman dan Islam. Selawat dan salam pada Khatamul Anbia’, Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabat radiallahanhum dan para pengkiutnya.
Liqa Mahabbah 2010 (LIMA ‘10) adalah jenama besar kepada penerusan tradisi DPM (MAQAZ) Shoubra bagi meraikan kondisi pelbagai ahli DPM (MAQAZ) Shoubra. Justeru LIMA ’10 adalah cetusan usaha dan gumplan daya bagi sama-sama kita berpatisipasi meraikan kehangatan ukhuwah yang dipandu kalimah suci syahadah.
Hasil ledakan unggul syahadah, Islam menuju pucak gemilangnya selama berabad lamnya. Islam terbukti efisen dalam pelbagai bidang aplikasi hidup dan tidak terhad dan jumud pada pidang tertentu sahaja. Oleh itu, LIMA ’10 adalah jelmaan semula bagi mengidupkan roh kesyumulan Islam yang cuba dimatikan lewat serangan-serangan musuh Islam.
Akhirnya, saya mewakili keluarga besar AJK pelaksana LIMA ’10 memohon kemaafan sekiranya sepanjang kami menawarkan khidmat pada sahabat-sahabat wujud kelompangan yang disengaja atau tidak. Kami juga mengharapkan kelibat sahabat bagi menjayakan program ini.

Melestari Daya, Menggapai Jaya
Salam ukhhuwah,

AHMAD ‘AFIF ZUHDI BIN AHMAD ZAKI
Pengarah,
Liqa’ Mahabbah 2010

Friday, May 28, 2010

PERTANDINGAN BAIT MITHALI

0 comments

"KEMPEN RUMAHKU, SYURGAKU"

Tarikh : 29 Mei Hingga 22 Jun 2010

Menganjurkan pertandingan Bait Mithali
Kritiria yang akan dinilai adalah seperti berikut :

1. Kebersihan Rumah
2. Ukhuwah ahli rumah
3. Suasana Biah Solehah
4. Thaqafah ahli bait

Anjuran : Program Liqa' Mahabbah 2010 dengan kerjasama Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPM (MAQAZ) Shoubra

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO LIQA' MAHABBAH 2010

0 comments


Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra di bawah program Liqa' Mahabbah 2010 telah menganjurkan pertandingan mencipta logo rasmi Program Liqa' Mahabbah sehingga tarikh tutup 26 Mei 2010. Dengan ini, pihak penganjur Program Liqa' Mahabbah 2010 telah bersetuju untuk memilih logo di atas sebagai logo rasmi program Liqa' Mahabbah 2010 dan akan digunakan sepanjang program Liqa' Mahabbah 2010. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Maklumat pemenang :

Nama : Muhamad Zul Ikhwan bin Zahari
Tahun Pengajian : 2 Takhassus Al-Quran wal Qiraat
Email : ekue_alhafiz87@yahoo.com.
No. Telefon : +20116312407

Thursday, May 27, 2010

Talkshow Bait Muslim

0 comments

Majlis Perasmian Program Musim Panas : Liqa' Mahabbah 2010

0 comments

Wednesday, May 19, 2010

HAFLAH TAKRIM AL-QURRA'

0 comments

KEJOHANAN PIALA PENGERUSI

0 comments

UMUM

0 comments