Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Taala atas nikmat Ijad dan Imdad yang Allah kurniakan kepada kita, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, penghulu Anbiya' dan Mursalin.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada AJK pelaksana Program Liqa' Mahabbah 2010 kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program pada tahun ini. Semoga segala sumbangan anda dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda setimpal dengan niat suci anda.
Bila berbicara mengenai mahabbah, kita tidak dapat lari daripada bimbingan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam lipatan sirah, Baginda s.a.w telah berjaya memautkan hati-hati para sahabat, yang sebelum itu hidup berdasarkan kasta dan warna kulit, sering berperang kerana hal remeh-temeh. Baginda berjaya membentuk generasi yang berkasih-sayang kerana Allah, dan mampu melebihkan saudaranya daripada kehendak peribadinya sendiri. Sehinggakan dalam pengajaran Baginda terselit mutiara kata," Tidaklah sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri".
Harapan kita, moga dengan semangat hadis ini dan cahaya al-Quran, kita akan dapat meresapi makna mahabbah yang telah dikecapi oleh para sahabat. Moga kita termasuk dalam salah satu golongan yang mendapat naungan arasyh di akhirat kelak. Kasih-sayang yang kita bina kerana Allah nescaya akan berkekalan hingga akhirnya walaupun dibatasi sempadan dunia yang berbeza. Siru ala barakatillah dan selamat berprogram.
Sekian, terima kasih.
al-Faqir ila Allah,
Muhammad Naim bin Hassan.
Pengerusi,
DPM (MAQAZ) SHOUBRA
2009/2010
*******************
Assalamualaikum wbt
Buat kesekalian kalinya segenap puja dan puji pada Tuhan esa semesta alam atas sekelian nikmat utamanya Iman dan Islam. Selawat dan salam pada Khatamul Anbia’, Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabat radiallahanhum dan para pengkiutnya.
Liqa Mahabbah 2010 (LIMA ‘10) adalah jenama besar kepada penerusan tradisi DPM (MAQAZ) Shoubra bagi meraikan kondisi pelbagai ahli DPM (MAQAZ) Shoubra. Justeru LIMA ’10 adalah cetusan usaha dan gumplan daya bagi sama-sama kita berpatisipasi meraikan kehangatan ukhuwah yang dipandu kalimah suci syahadah.
Hasil ledakan unggul syahadah, Islam menuju pucak gemilangnya selama berabad lamnya. Islam terbukti efisen dalam pelbagai bidang aplikasi hidup dan tidak terhad dan jumud pada pidang tertentu sahaja. Oleh itu, LIMA ’10 adalah jelmaan semula bagi mengidupkan roh kesyumulan Islam yang cuba dimatikan lewat serangan-serangan musuh Islam.
Akhirnya, saya mewakili keluarga besar AJK pelaksana LIMA ’10 memohon kemaafan sekiranya sepanjang kami menawarkan khidmat pada sahabat-sahabat wujud kelompangan yang disengaja atau tidak. Kami juga mengharapkan kelibat sahabat bagi menjayakan program ini.
Melestari Daya, Menggapai Jaya
Salam ukhhuwah,
AHMAD ‘AFIF ZUHDI BIN AHMAD ZAKI
Pengarah,
Liqa’ Mahabbah 2010
Comments
0 comments to "UCAPAN ALUAN PENGERUSI DPM & PENGARAH LIMA '10"
Post a Comment