Pages

home

Friday, June 4, 2010

Haflah Takrim Al Qurra' Menghimpunkan Sepuluh Masyaikh Qiraat

0 comments

Kaherah, 3 Jun 2010 - Haflah Takrim al Qurra' bersama masyaikh al Qiraat telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama Johor, Raba'ah anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra sempena Program Liqa' Mahabbah 2010. Para peserta mula membanjiri kawasan Asrama Johor, Raba'ah sekitar jam 11.30 pagi dan kaunter pendaftaran mula dibuka pada jam 12 tengahari.Majlis yang dihadiri seramai hampir 300 orang peserta yang merangkumi mahasiswa qiraat Shoubra dan mahasiswi qiraat Mansurah yang menyebabkan Dewan Asrama Johor Raba'ah penuh sesak.

Haflah Takrim al Qurra' dimulakan dengan upacara perasmian yang dijayakan oleh Ustaz Mohamad Azlan Haji Alias selaku naib presiden 2 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang didahului dengan ucapan aluan daripada pengarah Haflah Takrim al Qurra' Ustaz Muhamad Zul Ikhwan Zahari dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra, Ustaz Mohamad Naim Hassan.

Seramai sepuluh orang masyaikh qiraat dikumpulkan sempena Haflah Takrim al Qurra yang bertujuan meraikan para qurra sebagai menghargai jasa-jasa mereka. Masyaikh yang hadir adalah Maulana Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid (Naib Ketua Lajnah Pentashih al Quran Mesir) Ustaz Alauddin al Sayyid (Naib Mudir Maahad al Qiraat), Syeikh Hassan Muhammad Hassan Rejab (Syeikhul Awwal Bi Khazandarah), Syeikh Redha Ali Darwish, Syeikh Muhammad Abdul Nabi, Syeikh Judah Abdul Salam, Syeikh Toha Muhammad, Syeikh Mahmud Mustofa, Syeikh Jamal Muhammad dan Syeikh Judah Syauqi.

Sekitar jam 2.15 petang, majlis bersama para qurra' dimulakan dengan ucapan aluan daripada Presiden Persekutuan Melayu Republik Mesir (PMRAM) Ustaz Shahrizan Mohd Hazime yang mewakili para pelajar. Majlis diteruskan dengan ucapan dan kalam amanat daripada para masyaikh yang dimulakan dengan ucapan daripada Maulana Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid. Rata-rata melalui ucapan dan amanat para masyaikh yang sangat menekankan mengenai peri penting para ahli al Quran bersungguh-sungguh dalam mempelajari, mendalami dan mengamalkan segala isi kandungan al Quran serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Selesai amanat dan ucapan, majlis diteruskan dengan sesi pembacaan Matan Tuhfatul Atfal (matan ilmu tajwid) yang bacakan oleh Syeikh Redha Ali Darwish. Penghujung majlis, sesi pembahagian cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan yang disempurnakan oleh Naib Mudir Maahad Qiraat dan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Majlis berakhir sekitar jam 5.30 petang dengan sesi jamuan.

-------------------------------

ADHOC PELAKSANA MAJLIS TAKRIM QURRA 2010

PENGARAH
Muhamad Zul Ikhwan Zahari

TIMB. PENGARAH
Mohamad Asyraf Mohd Tajuddin

SETIAUSAHA
Muadz Husain

BENDAHARI/ UNIT PENDAFTARAN
Afham Wajdi Taib Azamudden

UNIT PENGISIAN & PENYELARAS PROGRAM
Salman Mohd Ali Rajab

UNIT DISIPLIN & PROTOKOL
Md Saifullah Nik Abdullah
Mohd Jamil Rajab

UNIT PERHUBUNGAN & PUBLISITI
Mohammad Taisir Mohd Hussin
Mohd Faiz Hamdan
Azizi Md. Samsuday

UNIT CENDERAHATI & TUGAS KHAS
Muhammad Nur Waafi Badruldin
Bashrullhafi Mohd Fauzi

UNIT PERSIAPAN & TEKNIKAL
Mohammad Adlly Mohammad Bokhari
Mohd Azim Ali
Saifullah Hj. Md Isa

UNIT PERSEGARAN & JAMUAN
Luqmanul Hakim Mohd Ali Rajab
Mohd Naser Zainol Abidin

UNIT JAMUAN KHAS
Ahmad Huzaifah Fauzi
Muhammad Khalis Othman

UNIT FOTOGRAFI & MULTIMEDIA
Yusof Assidiqqi bin Ahmad Sharkawi
Asyraf bin Md Ghazali
Aubidullah Fahim Bin Ibrahim

EKSEKUTIF TEKNIKAL DAN SIARAYA
Muhammad Umar Bin Arifin
Mohd Rasyid Bin Mat Tusairi
Mohd Faiq Izzuddin Bin Sahar
Saiful Anuar bin Suleh Wan Kurdi
Hafizuddin bin Aznan

Comments

0 comments to "Haflah Takrim Al Qurra' Menghimpunkan Sepuluh Masyaikh Qiraat"

Post a Comment