Pages

home

Monday, July 12, 2010

Kalam Penutup Pengarah LIMA '10

0 comments
Assalamulaikum w.b.t.


Segala puji dihadapkan ke Allah s.w.t dengan limpah nikmat-Nya dipanjangkan umur kita hingga ke saat ini


Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Muhammad s.a.w., ahli bait, para sahabat dan pengikutnya hingga Hari Kiamat.


Sahabat-sahabat yang dikasihi,


Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Program Musim Panas Liqa' Mahabbah (LIMA '10) di Markaz DPM Shoubra.


Sepanjang hampir sebulan LIMA '10 membuka jendelanya, malam tadi adalah malam terakhir program LIMA menemui kita pada tahun ini.


LIMA pada tahun ini, adalah edisi serdahana jika mahu dibanding dengan edisi sebelum ini. Tahun ini, kalendar LIMA telah kehilangan program jaulah dan riadah, antara tarikan terbesar jenama LIMA.


Namun dalam kesederhanaannya, ia cuba untuk membawa nafas baru. Takrim Qurra antara sentuhan baru yang mampu disuntik kepada LIMA '10 demi melunasi tuntutan kepada 'Ahlul Allah wa khasatuh'


Begitu juga, kempen Bait Mithali dan Talkshow Bait Muslim. Melalui dua program ini, mahu dijelas inspirasi terbaik untuk sebuah kehidupan bermasyarakat yang mantap harus bermula seawal dari rumah.


Akademi Du'at dan Daurah Kitab merupakan komitmen berterusan PMRAM cawangan Shoubra melahairkan pimpinan dan ilmuwan masa hadapan yang kompeten mewajahi tanggungjawab besar kepimpinan Islam.


Sahabat-sahabat yang diraikan,


Meraikan gejolak hangat demam Piala Dunia 2010, LIMA berjaya menawarkan program kehangatan Piala Dunia bersih dari najis judi dengan penganjuran PES Piala Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra.


LIMA tahun ini ditutup dengan penganjuran Bazaria yang menawarkan sajian-sajian yang sudah sekian lama dirindui. Bazaria diharap mampu untuk menggerakkan ekonomi yang lebih rancak kepada warga Shoubra


Tentunya dalam kerancakan menjayakan sejumlah program yang berada di bawah LIMA '10, pasti wujud salah silap yang mungkin mengguris hati sahabat-sahabat. Saya mewakili keluarga besar AJK pelaksana memohon ampun dan maaf atas segala kecatatan yang berlaku.


Juga, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat atas sokongan pada yang diberi sepanjang LIMA '10 berlangsung.


Wassalam.


'MELESTARI DAYA, MENGGAPAI JAYA'



AHMAD AFIF ZUHDI BIN AHMAD ZAKI

Pengarah Eksekutif,
Liqa Mahabbah 2010

Comments

0 comments to "Kalam Penutup Pengarah LIMA '10"

Post a Comment