Pages

home

Monday, July 12, 2010

Liqa’ Mahabbah 2010 Melabuhkan Tirai

0 comments

Shoubra : 22 Mei 2010.


Setelah hampir sebulan berprogram, akhirnya LIMA ’10 telah melabuhkan tirainya pada 22 Mei 2010. Majlis Perasmian Penutup Liqa’ Mahabbah 2010 telah diadakan pada jam 8.30 malam yang telah dihadiri oleh Naib Presiden PMRAM 3 merangkap Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, Ustaz Farkhan bin Mat Zin bersama 2 orang Badan Pengurus yang lain iaitu Ustaz Muhammad Alhidayat Bin Khalid dan Ustaz Firdauz Bin Noh.



Majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh pengerusi majlis serta diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Ustaz Naim bin Hasan. Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra menyatakan kebanggaan dan penghargaan beliau kepada seluruh ahli kerana berjaya menjayakan Program ini sehingga keakhirnya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Musim Panas 2010, Ustaz Ahmad ‘Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Beliau turut bersyukur dan meyatakan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam memeriahkan dan menjayakan program LIMA ’10. Ucapan Perasmian penutup oleh Naib Presiden PMRAM 3 2010 Ustaz Farkhan bin Mat Zin pula disampaikan sebaik sahaja habis ucapan daripada Pengarah LIMA ’10.


Majlis perasmian diserikan dengan persembahan yang julung-julung kali diadakan di Shoubra iaitu persembahan Dikir Barat yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa tahun 1 & tahun 2. Persembahan hampir setengah jam itu berjaya memukau para hadirin yang hadir termasuklah tetamu jemputan.Tayangan daripada Adhoc LIMA ’10 sepanjang program LIMA ’10 berlangsung turut disajikan pada malam tersebut. Penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang diadakan di dalam Program LIMA ’10 serta cenderahati kepada Perasmi dan jemputan menjadi penutup kepada Majlis malam tersebut. Kesemua ahli yang hadir bergembira dan mengharapkan agar program seumpama ini diteruskan pada tahun akan datang.


Majlis berakhir dengan jamuan makan.


Comments

0 comments to "Liqa’ Mahabbah 2010 Melabuhkan Tirai"

Post a Comment